THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, December 31, 2009

NEW YEAR!

Assalammualaikum..
Pertama sekali nak ucapkan happy new year!

Next nak ucap berbanyak-banyak terima khasih kepada semua yang sudi baca blog ana ni.
Ana pun nak mintak maaf sangat kalau terkasar bahasa kat dalam blog ni.
N satu lagi, minta maaf atas segala kesilapan teknikal.
Al-maklum lah kalu dah seronok sangant menetaip memang tak padang ejaan tu. Salah eja pun x sedar. tu yang banyak sangak kesilapan. Maaf, memang tu kesilapan ana sendiri.

Sekali lagi TERIMA KHASIH kepada anda semua.
Harap anda tak jemu-jemu nak lawat blog ana n jgn lawat je.
bagi la pendapat or cmnt k.

Akhir sekali
(yang kurang itu datang dari ana,
yang baik itu datang dari Allah)

Wasalamualaikum warahmatullahhiwabarokatu.

Wednesday, December 30, 2009

Halal???


Logo Halal Disalahgunakan??



Ana dapat Info ni daripada MUSLIM CONSUMERS ASSOCIATION OF MALAYSIA.
Nak tanyani.
Produk yang korang skarang sememangnya HALAL ke??
Mehla pekena sikit.
Kalau boleh (bukan kalau2 dah. Wajib) elakkan untuk gunakan produk2 yang mempunyai kriteria kat bawah ni:
  • Tiada halal JAKIM/MALAYSIA
  • Tidak menghormati sensitiviti umat Islam
  • Bukan buatan MALAYSIA
  • Buakan syarikat Islam/Bumiputra
  • Menyalurkan sumbangan kepada Yahudi
  • Sijil halal palsu/tidah diiktirafkan/swasta
  • Meninbulkan kekeliruan kepada umat Islam
  • Barang Parallel Import (Tidak Halal) di campukan dengan barang halal akan menyebabkan umat Islam tertipu.

KITA SEBAGAI PENGGUNA ADE HAK MEMILIH!
HINDARILAH PRODUK YANG BERKEPENTINGAN YAHUDI!

BELI PRODUK YANG BERKEPENTINGAN & MENYOKONG ISLAM SAMBIL MENGHINDARI PRODUK YANG BERKEPENTINGAN YAHUDI SERTA TIDAK MENGHORMATI SENSITIVITI ISLAM.

CoNtOh:










INGAT!
Ini tanggung jawab kita bersama.

Teruskan boikot 3 produk berkepentingan yahudi!!!!!!!
BOIKOT!
3 JENAMA INI!




INGAT!!!
Saudara  kita di GAZA masih sensara diserang
YAHUDI
Jangan turut menjadi penyumbang kepada kesengsaraan & kematian mereka

Membeli produk diatas sam perti menyokong pembunuh umat Islam!!!

HANCUR YAHUDI!!!
HIDUP ISLAM!!!





TERUSKAN BOIKOT!!!

Wednesday, December 23, 2009

spiderman?? cicakman??

Aa...
Nape ana pilih tajuk ni??
Nape spiderman?? Nape cicakman??


Ana buat tajuk ni sebab ana terfikir nape kt negara islam buat hero cicak?
Nape negara eropah buat hero spired?
Sepatutnya kita negara islam buat hero spider. Tapi skrang lain plak.

Mesti korang tertanya-tanya nape ana kata kita kena buat hero spider.
Okey! Okey!
Kita balik ke cerita waktu penghijrahan Nabi dahulu..
Pada cerita yg ana tau cicak cuba bagi tau kat orang Quraish yang Nabi sembunyi kat dalam gua
sebuah gua.
Tapi labah-labah telah selamatkan Nabi dari di tangkap oleh orang Quraish denggan menbina sarang labah-labah dengan cepat.
[sungguh besar kuasa Allah itu]
walau pun cite pasal cicak tu xde kat dalam al-quran ramai orang percaya. Dan jika dah percaya nape x wat hero negara kita spider?? Napa buat cicak??
Boleh tak korang pikir dulu untuk buat sesuatu tu. Jangan la main buat je.
Itu ape yag ana rase kan. Pendapat ana.

Yang kat luar tu kalau rase nak tambah or tak sokong pendapat ana cmnt la..




Friday, December 4, 2009

Cut Your Fingernails Now!

Kenape kena potong kuku????


Apa yang ana tahu kita kena potong kuku sebab syaitan suka gatung kat kuku yang pangjang dan kotor. Tapi kita umat islam sekarang makin tenggelam dengan penipuan orang barat. Ana tak paksa korang untuk terima apa yang ana katakan ni. Cuma ana nak beri pendapat je.
Satu lagi kalau nak simpan kuku panjang pun jangan la biarkan kuku tu koto sangan macam-macam benda melekat kat kuku tu. Ni dah memang di ketogerika sebagai pengotor ni.
Oh.. Berbalik kepada umat islam sekarang makin tenggelam dengan penipuan orang barat.  Sekarang ni orang barat berusaha untuk menyesatkan kita. 
Kenapa ana cakap camni??
Sebab.. Dah la dia orang ajar orang kita simpan kuku panjang. Bukan setakat tu je siap reka benda unutk mewarna kuku [nail pen] lagi tu..


Nail pen ni kalau kita pakai menang sah la solat kita tak sah. Ana juga dapat tahu bahawa jika kita mati dan di kuku kita mempunyai pewarna ni kuku kita akan dicabut. Bukan ke terseksa jasad kita nanti.Tapi sayang kenapa orang islam kita sekarang suka terikut orang barat. Kita masih boleh pakai inai kalau ye pun nak warna kuku tu. Kalau pakai inai masi sah kalau nak solat. Lagi pun tak yah la susah-susah nak pilih warna ape kita nak pakai [sebab ade warna oren je].


Tips potong kuku ikut sunah NABI.
Jika potong kuku tangan
Potong kuku tangan
Mulakan dari jari telunjuk tangan kana, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking seterusnya barulah ibu jari tangan.
Selepas itu jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari telunjuk, dan akhir sekali ibu jari.

Jika potong kuku kaki
Dimulakan dari jari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib sehingga ke jari kelingking kaki kiri.

Hadith Memotong kuku
Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:-
عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم


Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)


Tertib memotng kuku seprti gambar di bawah


Hari yang dusunatkan memotong kuku
Terdapat dalam sebuah hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada:-

HARI SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
HARI AHAD - Hilang berkah
HARI ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu & mempunyai kelebihan)
HARI SELASA - Mempusakai kebinasaan
HARI RABU - Mempusakai jahat perangai
HARI KHAMIS - Mempusakai kaya.
HARI JUMAAT - Mempusakai ilmu dan lemah lembut".

Harap korang dapat ape yang ingin ana sampaikan. Dan semoga ia menjadi ilmu yang berkekalan di hati kita.
Walasam...



Friday, November 20, 2009

Kiamat 2012????

Kita boleh ramal apa yang rasul sendiri pun tak tahu??

Jangan tertipu!!


Assalammualaikum, Kepada para pengunjung.
Tajuk ni telintas di fikiran ana sejak hebok pasal crita 2012 yang terhangat bi pawagam sekarang ni.


Kalian boleh tonton tayangan tersebut. Tapi sekadar peringatan bahawa kuasa Allah lebih hebat dari tayangan tersebut. Dan untuk kita bersama kembali kejalan Allah yang benar yang sudah lama kita sesat dari jalan tersebut.
Janganlah sekali-kali kalian percaya bahawa kiamat akan berlaku pada 2012. Kerna hanya Allah sahaja yang bengetahui bila akan berlakunya kiamat tersebut. Sedang Nabi Muhammad (kekasih Allah) juga tidak tahu bila berlakunya kiamat itu.
Pada pendapat ana dan pada apa yang ana tahu bahawa kiamat itu berlaku mengikut peringkat. Memang tanda-tanda kecil telah berlaku tapi ia sekadar peringatan bagi kita untuk kembali kepada yang maha esa.
Pada raka-rakan di luar sana harap maklum. Janganlah kalian percaya dengan tipu daya org barat untuk menyesat kan kita.

Tuesday, November 17, 2009

Smoking is a bad habit!

stop smoking!!


Tajuk ni sebenarnya ana curi dari blog yg ana baca. Buka untuk tujuan mencuri ilmu org tapi utk kongsi bersama.Masyarakat sekarang gemar isap rokok walau pun dah tau merokok tu tak membawa faeda. 
Lagipun kenapa kena isap rokok??



Kata org kalau isap rokok dpt menenang kan fikiran. Tapi bukankah isap rokok ni lagi merosakkan fikiran. Bukan setakat fikiran tapi merosakkan segala yg ad dalam badan kt. Bukankah rokok tu sejenis dadah!.
 Ana ade baca yg merokok dibahagikan kpd dua kesan. Iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Jangka pendek
~Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen
              menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
~Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
~Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
~Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
            - Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
            - Gigi menjadi kuning
~Hidung - Mengurangkan deria bau
~Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
~Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas

Jangka Panjang

• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks




stop smoking tips


Langkah 1: BERSIH DARI ROKOK
          
Langkah 2: BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKAN
              
Langkah 3: LAKUKAN SECARA PERLAHAN

Langkah 4: TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI
               
Langkah 5: BERFIKIRLAH SECARA POSITIF
                
Langkah 6: DAPATKANLAH SOKONGAN
                 
Langkah 7: MELAWAN KEINGINAN MEROKOK

So skang korg dah tau. Fikir2 la. Ini pun untuk kebaikan korg. Ana minta maaf kalau apa yg ana tulis ni menyinggung kan perasaan. Tapi ana nak cerite skit cite lawak yg ana dgr waktu ana dengar ceramah. Ceritanya camni.. Ade sorg pekebun ni, kat kebun dia banyak pokok tembakau. Tapi dia hairan nape pkok tembakau tu xdisentuh pun oleh babi. Jadi dia amik keputusan untuk tanya babi tu sendiri. "Babi oi babi nape kau x makan pokok tembakau ni?". Pastu babi pun jawab, "Rokok membahayakan kesihatan". hahaha..
Tengok babi pun pandai bezakan yg baik utk kesihatan dan yang buruk. Tapi kenape x manuia??
Jadi fikir-fikir la apa yang terbaik untuk diri anda dan org sekeliling.

Saturday, November 14, 2009

AL-QURAN PENYEMBUH PENYAKIT



"Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.


Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.

AL-QURAN PENYEMBUH PENYAKIT


"Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.

Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.

Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.

Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.

Tazkirah kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.

Kepentingan Al-Quran:

"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith "Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." Hadith "Ahli Quran ialah Ahlullah"

"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud

"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As

"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah

Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.

Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan. Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan cuba menghalang umat Islam daripada membacanya. Lantas direka pelbagai cara media massa (audio dan video) untuk melalaikan mereka. Akhbar, majalah hiburan, radio, televisyen, video, filem, komputer dan akhir-akhir ini internet direka dan dieksploit untuk merosakkan budaya Islamik yang diterapkan oleh Al-Quran. Ternyata strategi mereka mengena. Akhir-akhir ini kita lihat umat Islam dilekakan dengan TV, radio, komputer, tayangan gambar, majalah hiburan dan sebagainya. Umat Islam semakin renggang dengan Al-Quran. Akhbar harian menjadi ketagihan. Mereka mampu membaca akhbar dari kulit ke kulit dua hingga tiga kali sehari tapi tidak mampu membaca walaupun sehelai atau satu ayat daripada Al-Quran. Mereka mampu duduk berjam-jam di depan set TV tapi tak mampu menghadap tok guru mengajar Al-Quran. Inilah penyakit masyarakat Islam hari ini.

Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf Jawi, perlulah terlebih dulu mempelajarinya. Amat malang generasi kini yang bukan saja buta Al-Quran tetapi buta huruf Jawi yang menjadi perantaraan Al-Quran. Anak-anak murid dulu memang diasuh dan diajar dengan tulisan Jawi tapi malangnya sejak di'haram'kan pendidikan jawi di sekolah oleh seorang 'talibarut' musuh, ramai di antara kita sekarang tidak dapat membaca kita-kitab lama yang bertulisan Jawi. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf Jawi, lantas Al-Quran diperjauhi dan dipermusuhi.

Ada beberapa perkara yang harus diperhati semasa membaca Al-Quran. Di antaranya:

suci dari hadas (besar atau kecil) duduk menghadap kiblat dibaca dengan tertib, tartil dan bertajwid memelihara hak-hak ayat disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman dan amaran dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri

Antara amalan-amalan batin yang perlu diperhatikan:
merasakan keagungan Al-Quran dan memikirkan maknanya satu persatu menghadirkan kebesaran Allah di dalam hati khusyuk semasa membaca fahamkan makna yang dibaca berfikiran tenang

Di samping itu, jika dapat jadikan wirid harian/mingguan membaca surah-surah utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Dukhan dan sebagainya.

Apa yang istimewa dalam tilawah ialah sungguhpun berulang-ulang kali dibaca ayat-ayatnya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan dan kelazatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Allah. Amat benarlah firman Allah "Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah hatinya menjadi takut gementar dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, bertambahlah keimanannya dan mereka bertawakkal kepada Allah."

Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Sungguhpun begitu jangan pula tinggalkan langsung sesuai dengan kata orang tua-tua 'kalau tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua'. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Insyaallah apabila kelazatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Insyallah doa dan hajat kita akan dimakbulkan Allah. Hati akan berjinak-jinak dengan kalimah Allah dan berusaha mendengarnya melalui kaset-kaset atau CD Al-Quran yang terdapat di pasaran. Malahan dalam internet terdapat banyak tapak yang menyediakan ruangan Al-Quran secara audio. Mendengar Al-Quran juga diberikan pahala kerana Nabi saw pernah bersabda "Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), nescaya ayat itu menjadi nur baginya pada hari kiamat."

Marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita yang berhobikan hiburan dan material semata-mata kepada hobi mendengar dan membaca Al-Quran. Kurangkan masa membaca akhbar dan gantikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Semoga hendaknya Allah matikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amin.

Thursday, November 12, 2009

12 Barisan



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris " Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH

Diring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....

Wallahua'alam.

Wednesday, November 11, 2009

Malu seorang Wanita

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...


Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.



Sunday, November 8, 2009

2 Year Old Girl Answering Questions About Islam!





Sedangkan budak 2 thun pun bleh tahu jwb tentang islam.
Tapi sayang masih ade orang yg lebih tua tidak tahu apa2 tentang islam.

Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

      Seperti  amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Dah tu kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

    Bukan tu je, ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. yang ni pun satu hal, kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

     Kalau bersolat sunat di masjid pula amatlah rajin, solat tarawih la, ni la tu la. Macam2. Tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

     Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

       Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

     Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

    Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

    Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

    Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Wasalam

Saturday, November 7, 2009

MENGUMPAT YANG DIHARUSKAN??

Pelik bunyinya tu. Namun, menurut saya terdapat beberapa keadaan di mana kita boleh menceritakan keburukan orang lain, seperti:-

 Ketika memberi ingat kepada seseorang yang hendak bersahabat dengan orang yang fasik atau zalim.
 Ketika hendak memberitahu nama seorang yang tidak diketahui nama itu melainkan dengan disebut
keaibannya seperti berikut. “Dolah gemuk” dan sebagainya.
 Ketika menceritakan kepada pihak berkuasa mengenai kejahatan orang yang menzaliminya supaya diadili oleh hakim.
 Mengata kepada orang yang berbuat kejahatan atau maksiat (dengan niat mengingkari kemungkaran itu) supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.
 Ketika meminta fatwa daripada kadhi atau mufti seperti katanya kepada mufti : “Orang itu telah menzalimi saya (diceritakan kezaliman itu), apakah hukumnya dan bagaimana melepaskan diri daripada kezaliman tersebut.
 Menyebut kejahatan orang yang masyhur dengan fasik, zalim, perbuatan zina, minum arak, mencuri dan sebagainya. Tujuannya adalah sebagai peringatan kepada orang lain.

the last day of ramadhan

Ni la keadaan ari terakhir ramadan kat kampung ana.



Meriah sangat.
Ni hanya beberapa orang je.
Yg lain xtau gi mane.
Macam2 di sediakan.
Makanan utama kt org ari tu ialah lemang.
Bakar sendiri tau.
sedap sangat.

Ari pertama lemang dah abic dah.
Kt org dapat makan cikit je..

Macam2 gelagat ade waktu ni..
Yg paling lawak waktu gi solat isyak kat surau.
Ade salah paham sikit..
Ade sorang budak ni, dia pelat. Pastu di datang cakap kat semua org "ecok ayi ayad x puace. yaye. alhamdulillah.." tapi org kampung x pham dia org ingat dudak tu ckap "esok ari ahad puase. isnin bru raya..".

Abis satu kampung kecoh dibuatnya.. hahhaaha.. lawak. lawak..
Sampai dua org sedara ana kena balik tnya org kat umah jdi raya ke x.. hahahaha..

RAYA PERTAM

lepas solat, kt org stu keluarga gi lawat kubru arwah pakngah.
Lepastu bru balik.
Sampai je rumah dah ramai org.
Mula kt org satu keluarga kena wat keja.
Dah macam restorem 5 bintang dah.
Cepat gila wat keja.
kt org kena masak n macam2 lagi.
memang bzy..
Sape datng semua dapat makan.. huhuuhu..



walau pun penat, tapi best..
Ni pulak gelagat org yg penat..huhuhuhuh..



THE NEXT DAY
Kt org nak gi umah mak long plak.
sebelum gi sempat plak ambil gambar..
hahahaa..


ni plak waktu dalam pejalanan..
hehehe..
min tangkap je.. bulkan tau ape benda ni. tapi nampak cantik tu yg ambil gambar tu.. huhuuhuh..





Saat tibanya di umah Maklong. huhuuhuhu. sekema tul ayat tu..
kt org wat ape ye?? hem..

    
BACA BUKU???

rajin x kt org. opps salah.. dia org.
ni waktu blum hidang pape lagi. nak tengok gelagat abg safwan makan waktu dah dihidang tak. huhuhuhu..


 ni la di.. dah macam kerang busuk je. huhuhuhu..



 Ni lak bapak2 kt org. dudukk sembang. yg sorang lagi tu nyebok je tu. mane org nak ambil gambar situ dia pgi. nyabok nye ABG SAFWAN.

Yg ni plak kaum ibu. huhuhuh.. duk kat lantai je. ape yg dia org cotcet kan pun sy x tau. cotcet je.


yg anak 2 diorag plak gi melahap.. huahahahahha..
best plak melahap, kan raya. so ape lagi mkn la...
yg bawah ni plak my nenek. kt org x panggil nenek. panggil 'wan'.



Lepas tu kt org ge bejalan raya kat umah kak long- maklong.. Maksudnye.. raya kat umah anak malong la plak.. dah alang2  lalu melaka dari johor ke negeri sembilan singgah la jap umah kak long..
kt situ. plak memang kt org wat cam umah sendiri.. huhuhu.. kt org dok kat depan tv la ape lagi..
Cete ape ye.. hehehhe.. lupa plah cite ape kt org tengok..




ni baru sikit yg lain semua lari. nampak bosan je muka abg syahir, abg hanis, hafiz n abg safwan.. ni mesti sebab cite x best ni.. padan ngan muka dia org sape suh tengok. org suh beraya dia org nak tengok tv. hem..


ni plak makcik intan. huhuhu.. walau pun dia muda lagi dri sy tapi suke pnggil di makcik intan.. dia ni plak suka panggil org makcik syifa.. kuang asam punya budak!
yg lain ade yg duk kat ruangtamu. ade yg duk kat meja makan..



BALIK TIME..
dah malam baru nak balik.. hai.. bukan salah kt org ye.. parent ye.. hehehehe..


Tu je kut cite kat kg sy..
Negeri Sembila..




Friday, November 6, 2009

pahami sahabat kita

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu

Thursday, November 5, 2009

TEKANAN...TENSEN!!!

empat jenis orang dalam menghadapi berbagai tekanan tersebut. Mari kita bahas satu demi satu jenis manusia dalam menghadapi tekanan hidup ini.


Jenis pertama, Jenis kayu rapuh. Sedikit tekanan saja membuat manusia ini patah arang. Orang macam ini kesehariannya kelihatan bagus. Tapi, rapuh sekali di dalam hatinya. Orang ini gampang sekali mengeluh pada saat kesulitan terjadi.

Sedikit kesulitan menjumpainya, orang ini langsung mengeluh, merasa tak berdaya, menangis, minta dikasihani atau minta bantuan. Orang ini perlu berlatih berpikiran positif dan berani menghadapi kenyataan hidup.

Majalah Time pernah menyajikan topik generasi kepompong (cacoon generation). Time mengambil contoh di Jepang, di mana banyak orang menjadi sangat lembek karena tidak terbiasa menghadapi kesulitan. Menghadapi orang macam ini, kadang kita harus lebih berani tega. Sesekali mereka perlu belajar dilatih menghadapi kesulitan. Posisikan kita sebagai pendamping mereka.

Jenis kedua, Jenis lempeng besi. Orang jenis ini biasanya mampu bertahan dalam tekanan pada awalnya. Namun seperti layaknya besi, ketika situasi menekan itu semakin besar dan kompleks, ia mulai bengkok dan tidak stabil. Demikian juga orang-orang jenis ini. Mereka mampu menghadapi tekanan, tetapi tidak dalam kondisi berlarut-larut.

Tambahan tekanan sedikit saja, membuat mereka menyerah dan putus asa. Untungnya, orang jenis ini masih mau mencuba bertahan sebelum akhirnya menyerah. Jenis lempeng besi memang masih belum terlatih. Tapi, kalau mau berusaha, orang ini akan mampu membangun kesuksesan dalam hidupnya.

Jenis ketiga, jenis kapas. Jenis ini cukup lentur dalam menghadapi tekanan. Saat tekanan tiba, orang mampu bersikap fleksibel. Cobalah Anda menekan sebongkah kapas. Ia akan mengikuti tekanan yang terjadi. Ia mampu menyesuaikan saat terjadi tekanan. Tapi, setelah berlalu, dengan cepat ia bisa kembali ke keadaan semula. Ia bisa segera melupakan masa lalu dan mulai kembali ke titik awal untuk memulai lagi.

Jenis keempat, jenis manusia bola pingpong. Inilah jenis yang ideal dan terhebat. Jangan sekali-kali menyuguhkan tekanan pada orang-orang ini kerana tekanan justeru akan membuat mereka bekerja lebih giat, lebih termotivasi, dan lebih kreatif. Cuba perhatikan bola pingpong. Saat ditekan, justru ia memantul ke atas dengan lebih dahsyat. Saya teringat kisah hidup motivator dunia Anthony Robbins dalam salah satu biografinya.

Untuk memotivasi dirinya, ia sengaja membeli suatu bangunan mewah, sementara wangnya tidak memadai. Tapi, justeru tekanan kewangan inilah yang membuat dirinya semakin kreatif dan tertentang mencapai tingkat financial yang diharapkannya. Hal ini pernah terjadi dengan seorang ketua regional sales yang performancenya bagus sekali.

Tetapi, hasilnya ini membuat atasannya tidak suka. Akibatnya, justru dengan sengaja atasannya yang kurang suka kepadanya memindahkannya ke daerah yang lebih parah kondisinya. Tetapi, bukannya mengeluh seperti rakan sebelumnya di daerah tersebut. Malahan, ia berusaha membangun netwok, mengubah cara kerja, dan membereskan organisasi. Di tahun kedua di daerah tersebut, justru tempatnya berhasil masuk dalam daerah tiga top sales.

Contoh lain adalah novelis dunia Fyodor Mikhailovich Dostoevsky. Pada musim dingin, ia meringkuk di dalam penjara dengan deraan angin dingin, lantai penuh kotoran seinci tebalnya, dan kerja paksa tiap hari. Ia mirip ikan herring dalam kaleng. Namun, Siberia yang beku tidak berhasil membungkam kreativitasnya.
Dari sanalah ia melahirkan karya-karya tulis besar, seperti The Double dan Notes of The Dead. Ia menjadi sastrawan dunia. Hal ini juga dialami Ho Chi Minh. Orang Vietnam yang biasa dipanggil Pakcik Ho ini harus meringkuk dalam penjara. Tapi, penjara tidaklah membuat dirinya patah arang. Ia berjuang dengan puisi-puisi yang ia tulis. A Comrade Paper Blanket menjadi buah karyanya.

Nah, pembaca, itu hanya contoh kecil. Yang penting sekarang adalah Anda. Ketika Anda menghadapi kesulitan, seperti apakah diri Anda? Bagaimana reaksi Anda? Tidak menjadi persoalan di mana Anda saat ini.

Tetapi, yang penting bergeraklah dari level jenis kayu rapuh ke jenis selanjutnya. Hingga akhirnya, bangun mental Anda hingga ke level bola pingpong. Saat itulah, kesulitan dan tantangan tidak lagi menjadi suatu yang mencemaskan untuk Anda. Sekuat itukah mental Anda?

Tuesday, November 3, 2009

Sayonara Jahiliah




(TENTATIF PROGRAM)




Program dimula kan dengan sesi taaruf mengikut group yang telah diberikan. Ni la salah satu group yang ada. Dalam Sesi taaruf mereka di beri fail dan menceritakan apa-apa sahaja yang mereka ingin ceritakan tentang mereka. Mereka diberi masa selama setengah jam untuk mengenali semua ahli kumpulan. Setengah jam lagi mereka diberi tugas untuk membuat bendera kumpulan masing-masing.


Ni lah gelagat mereka waktu membuat bendera kumpulan.



Terlalu banyak idea sampai masa yang diberikan tak cukup untuk dia orang siapkan bendera dia orang.


Selepas penat memerah segala idea mereka dibawa keluar untuk bermain game. Game yang kita orang main masih menggunakan kecekapan pemikitan dan kerjasama antara ahli kumpulan. Meraka diberi 15 minit untuk berbincang antara satu sama lain. Game yang kita orang sedia kan ialah setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua lelaki dan perempuan untuk menjadi penunjuk jalan bagi setiap kumplan. Setiap orang diberi kain hitam kecuali ketua mereka, kain tesebut digunakan untuk menutup mata masing-masing. Sebelum permainan dimulakan mereka di beri 5 minit untuk berlatih agak tidak berlaku kesalahan ketika diberi arahan. Selepas itu mereka di letak kan di tempet permulaan mengikut kumpulan. Mereka dikehendaki menyentuk ke tiga-tiga kon yang telah disediakan degan hanya mendengar arahan dari ketua masing-masing. Bagi kumpulan yang pertama sampai di garisan penamat akan menang. dan pemenag bagi kumpulan muslimin ialah kumpulan 2, dan bagi kumpulan muslimat ialah kumpulan 1.





Selepas main game mereka diberi masa untuk khidmat diri, bersiap untuk menunaikan solat magrib. Selepas solat mereka dikehendaki membaca Al-mathurat dan makan malam. Selapas makan merka dikehendaki mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak. Selepas itu mereka di beri arahan untuk berkumpul sementra menunggu persiapan dari penceramah luar. Mereka diajar bermain wasabili oleh Kak Azimah dan fassi yang lain. Selepas itu kami dipanggil untuk masuk ke dewan. Kami telah memanggil penceramah luar untuk melaksanakan slot ini (slot pecepatan pemikiran). Walau pun pada mulanya kami bercadang untuk malaksanakan slot ini.



Sesudah slot kecepatan pemikiran tamat tibalah pula slot muhasabah. Mereka di sedarkan bertanpa pentingnya rasa bersyukur itu. Bersyukut terhadap kurniaan allah (suara, ibu bapa, dan lain-lain lagi). Selepas slot ini kira-kira pada pukul 12 a.m mereka diberi masa untuk merehat kan diri (tidur).




Pada hari yang berikutnya kami mengejut kan mereka pada pukul 3 a.m. untuk slot burung hantu. Sebelum kami slot dimulakan mereka diberi sedikit taklimat agar sentiasa ingat akan Allah. Selepas itu kami memberi setiap seorang kain hitam untuk menutup mata mereka. Selepas itu mereka dibawa keluar dan di pesah kan mereka di tinggalkan di suatu tempat keseorangan. Sehingga pukul 5 a.m.




Pada pukul 5 a.m. mereka di hantar semula seperti mana mereka sebelum ini. Mereka diarahkan untuk mengambil wuduk untuk qiam dan solat subuh. Selesai solat tiba pula waku riadah dan khidmat diri. Malangnya cuaca tak mengizinkan, Hujan turun. Kami riadah didalam dewan bagi paljar perempuan dan bagi plajar lelaki mereka hanya membuat air liur dan tahi mata je.. hampeh betul..




Kira-kira pada pukul 8.30 a.m. slot krusus imam pula tiba. Mereka diberi ceramah untuk menjadi imam dan cara untuk memilih imam. Agar mereka boleh menjadi imam suatu hari nanti, Amin...




Selesai kursus imam baru lah mereka di benarkan makan sarapan. Kami sarapan nasi lemak, roti dan air teh. Selesai sapapan mereka disuruh untuk menunaikan solat dhuha. Selesai solat mereka di suruh untuk masuhk ke dewan untuk slot yang seterusnya iaitu slot vedio. Dalam slot ini abang hariz dan abang danial yang kendalikan. Mereka banyak menekan kan dalam peperangan gaza. Sesudah habis tayangan vedio, tibalah masa untuk Q and A (question and answer). Mereka akan diberi point untuk setiap jawapan yg mereka jawab.




Sesudah slot vedio tiba pula slot pembentangan bagi setiap kumpulan. Terdapat 3 kumpulan iaitu Muslim United (MU), Fatanah, Tentera Fisabilillah. macam-macam raga mada. Bendera yang paling cantik ialah kumpulan Tentera Fisabilillah tapi tak pandai cakap. Saying sungguh. Kumpulan yang fasih bercakap ialah kumpulan Fatanah.




Dan berakhir la program yang dianjurkan oleh Surau SMK Seafield dan Persatuan Agama Islam. Majlis penutup di dirasmikan oleh AJK masjid dan ketua kem (abang Hariz). Sebelum pemberian hadiah kami menyanyikan lagu tema program dan lagu perpisahan.




Selepas itu barulah pemberian hadiah dijalankan. Setiap kumpulan mendapat hadiah sagu hati. Hanya satu kumpulan yang diberi hadiah sebagai juara iaitu kumpulan Fatanah hasil dari pebincangan AJK program. Pemberian hadih saguhati kepada pihak masjid juga telah disediakan. Tidak lupa juga kepada dua orang AJK fassi luar yang kami jemput Amir dan Danial.






Dengan peyam pai hadiah ini berakhirlah sudah Pogram Muhasabah Diri ini. Kami menyusun sepuluh jari jika kami telah melakukan salah dan silap. Yang teruk itu ana dan yang baik itu Allah. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima khasih atas kedatangan para pelajar dan ribuan terima kasih juga kepada pihak Masjid, AJK jemputan dan para penceramah. Bagi yang kami lupa untuk menyebutnya sekali lagi kami manyusun sepuluh jari memohon maaf…..


..SEKIAN..