THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 28, 2011

Kunci Kejayaan

Assalammualaikum sahabat.. Indahnya cuaca. Bersyukur masih diberikan nyawa untuk benafas, menjalan kan hidup dan yang paling penting iaitu BERJIHAT. MasyaAllah.. Hebatnya Allah.. Baiknya Allah.. =D
Kita mulakan cerita kita seperti biasa dengan doa yang boleh dikongsi.


Berdasarkan tajuk yang ana bawak.
Setiap kejayaan pasti ada suka dan dukanya. Sebelum kita ingin sampai ke puncak kita perlu mendaki dahulu. Dan sebelum mendaki kita perlu ada cita-cita dan harapan. Perkara yang perlu kita lakukan ialah sematkan didalam minda (ANGAN-ANGAN). Pikirkan kejayaan yang optimum.
Setelah itu barulah kita mulakan perjalanan kita. Sama ada dengan berjalan, berlari , atau apa sahaja. Kita perlu ada startegi yang baik untuk mudah dan cepat sampai ke puncak.
BAGAI MANA??
Kita boleh jadikan sasterawan-sasterawan, ilmuan-ilmuan,dan orang-orang terdahulu sebagai panduan. Jika dalam proses/pejalanan kita itu selalu terseleweng dari landasan (ibarat kereta api yang tersasar dari landasann-Nya) maka, sudah pasti kita tidak akan sampai ke puncak.
Tetap segala rintangan dan halangan bukan lah satu alasan untuk kita sentia berputus asa. Tetapi ia adalah satu kayu ukur bagi kesabaran dan usaha kita sendiri.
Allah memberi kita pilihan jalan yang kita ingi ikuti. Sama ada yang baik atau yang buruk. Ibarat belayar di lautan. Kita gunakan kompas untuk menetukan arah dan angin sebagai sumba untuk menggerakkan kapal layar tersebut. Ini bertujuan untuk mencapai Matlamat kita.
Terdapat juga beberapa JALAM/KUNCI untuk mencapai Kejayaan. Ana akan kongsikan sikit demi sikit. Mengikut kemampuan ana untuk meluangkan masa menulis. 

JALAN / KUNCI pertama ialah BETULKAN NIAT. Kerana setiap perkara itu bergantung kepada niat itu sendiri.  (hadis NIAT)

                
Oleh sebab itu, niatkanlah kebaikan dalam setiap amala. Dan lakuakan kebaiakan kepada setiap orang dan tinggalakan kejahatan.
GERAK KERJA dan KESUNGGUHAN ialah usaha utama dalam memulakan langkah menuju kemuliaan, penawar bagi mengubati dirimu, terapi bagi penyakitmu (malas), bahkan perkara ini ialah asset yang tertinggi bagi antuma. Maka antuma perlu hindari sikap malas dan suka menangguh. Antuma juga perlu mulakan kerja yang paling penting kemudian yang kuarang penting.
Kerja yang bersistematik ialah jalan menuju kejayaan, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ialah suatu tuntutan bagi orang yang Berjaya. Adapun tergopoh-gapah adalah sifat yang dicela.
Antuma juga perlu hindari perasaan jemu dan bosan, kerana perasaan ini tidah mendatangkan sebarang hasil, manakala perasaan bosan tidak memberi antuma sebarang penghormatan.
Jalan terbaik ialah banyakkan bersabar dan tetapkan pendiriaan antuma.

Next?? TUNGGU... InsyaAllah.. Wasalam..




Friday, December 9, 2011

Ayah dan Mama

Thursday, December 1, 2011

Cinta Sebelum Kahwin DAN Perkahwin Di Awal Usia

بسم ا لله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum… Apa khabar semua? Apa khabar iman kalian? Sihat? Semoga kalian dalam sejahtera yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Sebelum ana nak kongsi cerita atau sambung cerita hari tu, ana nak kongsi doa dengan kalian doa keselamatan dunia dan akhirat.
اللهم ٳنا نسٲلك ٱلعفو وٱلعافية فى ٱلدين وٱلدنيان والآخرة
Ertinya ;
Ya Allah! Kami meminta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama di dunia dan di akhirat. Amin..
Seterusnya, mari kita renungkan apa yang kita dah tempuhi untuk beberapa hari ini. SUBAHANAALLAH.. Allah maha besar yang masih menyayangi kita. Buktinya, kita masih bernyawa dimuka bumi ini. Kita juga masih boleh bernafas menghirup udara yang segar.. MASYAALLAH.. ALHAMDULILAH..
Berbalik kepada cerita ana. Ana nak berkongsi sedikit dengan kalian. Masih dengan kisah cinta yang ana nak kongsikan al-Maklumlah, Zaman berleluasanya kisah cinta kina makin ramai ingin menikmati rasa cinta yang TIDAK DI IKTIRAF!..
Apa pendapat kalian tentang cinta sebelum kahwin dan kahwin di awal usia?
Ana rasa lebih baik kahwin di awal usia jika dah tak boleh tahan, apa salahnya? Apatah lagi kalau sudah mempunyai pujaan hati. Perkahwinan itu sesuatu yang positif walaupun tanggungjawabnya yang menyusul semakin berat. Tidakah kita akan merasa lebih tenang, tak kurang juga pahala ibadah bertambah berlipat kali ganda dan makin dimurahkan rezeki. Sebab itu lah kalau dah ada pasangan yang betul-betul sesuai lebih baik mendirikan masjid. Oleh sebab itu, kalau rasa masih tak sedia nak berkahwin, baik jangan berani untuk terjebak dalam cinta lagi. Tahan dulu!!
Hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami dan lain-lain.
Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikannya di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”

Kalau jatuh cinta tu tidak apa. Kerana ia adalah fitrah manusia yang dicipta Allah untuk mencintaai dan menyukai antara laki-laki dan wanita. Cuma jika ingin mencintai, kikislah keaiban-keaiban cinta tersebut dengan bemujahadah secara perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Orang beriman ni utamakan kebenaran Allah dalam hidupnya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 165 yang bermaksud:
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik)itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Surah al-Baqarah 2:165)
Kepada kalian yang ingin berubah, ana paham kalian perlu masa untuk berubah. Berubahlah secara perlahan-lahan agar perkara itu menjadi istiqamah. Semoga kalian berjaya dan sentiasa di rahmati yang maha kaya.. InsyaAllah..
Maaf ana terpaksa mengundur diri kerana terlalu banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Jika panjang umur ana akan berkongsi cerita bersama kalian lagi. Seperti biasa jika kalian mempunyai pandangan dan perkongsian boleh lah kemukakan. Sekiranya ana mempunyai masa ana akan membalasnya INSYAALLAH.. Wasalam..

(Edit daripada buku SEINDAH MAWAR BERDURI  )
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.)