THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 1, 2013

Cara menutup aurat dalam solat bagi wanita.

Assalammualaikum. Disini ada sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat wanita mahupun lelaki dalam menutup aurat bagi wanita didalalm solat.
Wahai kaum ADAM kamu juga perlu tahu ini. Jangan nak mengelat ye. hehehe. Al-rijal kamu akan menjadi pemimpin keluarga maka kamu juga perlu tahu. OK!.. 

Ini secara ringkas sahaja. Kepada sahabat-sahabat, ustaz-astaz dan ustazah-ustazah, jika ada kesilapan harap membatu dengan teguran untuk memperbaiki apa yang salah. keran diri ini juga insan biasa. sama-sama kita perbaiki apa yang silap.

Jika sahabat-sahabat mempunyai soalan dijemput untuk diajukan.. In Sha Allah akan dijawab.

Secara ringkat tetang cara menutup aurat dalam solat bagi wanita.




Tidak sah solat yang dikerjakan oleh orang yang terbuka auratnya. Hukum syari’ aurat ialah harus tutup ketika solat. Kecuali orang yang tidak mampu mendapatkan sesuatu untuk menutup aurat.
Pakaiaan penutup aurat dari kain atau selain darinya mestilah TEBAL. Tidak cukup sekadar menutupi tetapi nipis sehingga menampakkan warna kulit. Pekaian tersebut juga tidak boleh ketat dan melekat dibahagian aurat.

Jika seseorang tidak mendapatkan pakaian untuk menutup aurat ketika ingin menunaikan solat maka solatnya sah.

Dan jika ia mendapatkan pakaian, namun pakaian tersebut berupa najis (seperti kulit babi atau benda yang terkena najis) dan ia solat tanpa pakaian yang sewajarnya hukumnya sah solat dalam keadaan yang darurat.

Akan tetapi jika seseorang itu ada harapan untuk mendapatkan pakaian solat sebelum habis waktu solat, maka mandud hukumnya mengakhirkan solatsampai akhir waktu.


Lebih teperinci menikut fiqh empat mazhab.

-          Mazhab Hanafi
·         Seluruh badan termasuk rambut yang memanjang melebihi kedua telinganya. Berdasarkan sabda Nabi Muhammada S.A.W : “wanita itu adalah aurat”
·         kecuali bahagian dalam dua telapak tangan dan kaki. Manakala yang selebihnya aurat.
*belakang tangan dikira aurat dalam mzhab ini.
ü  Dalam mazhab ini hukum membuka aurat ialah:
a)      Terbuka aurat hanya sedikit, maka tidak batal solatnya walaupun dalam waktu yang lama.
b)      Jikalau terbuka bahagian auratnya banyak dan segera ditutup tanpa melakukan banyak pergerakan, maka tidak batal solatnya.
c)       Membuka aurat dengan sengaja, maka batal solatnya.

-          Mazhab Syafi’i
·         Seluruh badannya termasuk rambut yg memanjang melebihi kedua telinganya. Kecuali wajah dan telapak tangan (luar mahupun dalam).
ü  Dalam mazhab ini hukum membuka aurat ialah:
a)      Terbuka sahaja aurat ketika solat maka batal solat, kecuali ditutup dengan segera tanpa melakukan banyak pergerakan.
b)      Jikalau aurat terbuka bukan kerana angin, seperti disebabkan oleh binatang atau anak yang belum mumayyiz (belum dapat membezakan), maka batal solat.

-          Mazhab Hambali
·         Seluruh badan adalah aurat. Kecuali wajah.
·         Jika seseorang solat dengan pakaian yang terkena najis maka wajib mengulangi solatnya.

-          Mazhab Maliki
·         Sama dengan mazhab Syafi’i.
·         Tidak nampak warna kulit pada awal penglikhatan. Makruh hukumnya solat dengan keadaan demikiaan dan mandub hukumnya mengulangi solat pada waktu itu.
·         Jika pakaian solat tersebut ketat (melekat pada bahagian aurat) bukan kerana basah atau angin hukumnya wajib mengulangi solat.
·         Tetap solat dengan pakaian najis atau terkena najis tersebut tidak wajib mengulanginya. Dan mandud hukumnya solat semula apabila telah mendapat pakaian yang suci jika waktu solat belum habis.
ü  Dalam mazhab ini hukum membuka aurat ialah:
a)      Terbuka aurat mughallazhah (seluruh badan wanita) ketika solat, batal secara mutlak.


Lebih mudah bleh tonton video ini:


Sebarang kesilapan harap maaf. Semoga Ia dapat membantu serba sedikit. 
Segala yang kurang datangnya dari diri saya sendiri (mohon di ampunkan) dan yang baik itu dari pencipta kita ALLAH S.W.T.



Assalammualaikum..