Assalammualaikum. Disini ada sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat wanita mahupun lelaki dalam menutup aurat bagi wanita didalalm solat.
Wahai kaum ADAM kamu juga perlu tahu ini. Jangan nak mengelat ye. hehehe. Al-rijal kamu akan menjadi pemimpin keluarga maka kamu juga perlu tahu. OK!..
Ini secara ringkas sahaja. Kepada sahabat-sahabat, ustaz-astaz dan ustazah-ustazah, jika ada kesilapan harap membatu dengan teguran untuk memperbaiki apa yang salah. keran diri ini juga insan biasa. sama-sama kita perbaiki apa yang silap.
Jika sahabat-sahabat mempunyai soalan dijemput untuk diajukan.. In Sha Allah akan dijawab.
Tidak sah solat yang dikerjakan oleh orang yang terbuka
auratnya. Hukum syari’ aurat ialah harus tutup ketika solat. Kecuali orang yang
tidak mampu mendapatkan sesuatu untuk menutup aurat.
Pakaiaan penutup aurat dari kain atau selain darinya
mestilah TEBAL. Tidak cukup sekadar menutupi tetapi nipis sehingga menampakkan
warna kulit. Pekaian tersebut juga tidak boleh ketat dan melekat dibahagian
aurat.
Jika seseorang tidak mendapatkan pakaian untuk menutup aurat
ketika ingin menunaikan solat maka solatnya sah.
Dan jika ia mendapatkan pakaian, namun pakaian tersebut
berupa najis (seperti kulit babi atau benda yang terkena najis) dan ia solat
tanpa pakaian yang sewajarnya hukumnya sah solat dalam keadaan yang darurat.
Akan tetapi jika seseorang itu ada harapan untuk mendapatkan
pakaian solat sebelum habis waktu solat, maka mandud hukumnya mengakhirkan
solatsampai akhir waktu.
Lebih teperinci menikut fiqh empat mazhab.
-
Mazhab Hanafi
· Seluruh badan termasuk
rambut yang memanjang melebihi kedua telinganya. Berdasarkan sabda Nabi
Muhammada S.A.W : “wanita itu adalah aurat”
·
kecuali bahagian dalam dua
telapak tangan dan kaki. Manakala yang selebihnya aurat.
*belakang tangan dikira aurat dalam mzhab ini.
ü
Dalam mazhab ini hukum
membuka aurat ialah:
a)
Terbuka aurat hanya
sedikit, maka tidak batal solatnya walaupun dalam waktu yang lama.
b)
Jikalau terbuka bahagian
auratnya banyak dan segera ditutup tanpa melakukan banyak pergerakan, maka
tidak batal solatnya.
c)
Membuka aurat dengan
sengaja, maka batal solatnya.
-
Mazhab Syafi’i
·
Seluruh badannya termasuk
rambut yg memanjang melebihi kedua telinganya. Kecuali wajah dan telapak tangan (luar
mahupun dalam).
ü
Dalam mazhab ini hukum
membuka aurat ialah:
a)
Terbuka sahaja aurat ketika
solat maka batal solat, kecuali ditutup dengan segera tanpa melakukan banyak
pergerakan.
b)
Jikalau aurat terbuka bukan
kerana angin, seperti disebabkan oleh binatang atau anak yang belum mumayyiz
(belum dapat membezakan), maka batal solat.
-
Mazhab Hambali
·
Seluruh badan adalah aurat.
Kecuali wajah.
·
Jika seseorang solat dengan
pakaian yang terkena najis maka wajib mengulangi solatnya.
-
Mazhab Maliki
·
Sama dengan mazhab Syafi’i.
·
Tidak nampak warna kulit
pada awal penglikhatan. Makruh hukumnya solat dengan keadaan demikiaan dan
mandub hukumnya mengulangi solat pada waktu itu.
·
Jika pakaian solat tersebut
ketat (melekat pada bahagian aurat) bukan kerana basah atau angin hukumnya
wajib mengulangi solat.
·
Tetap solat dengan pakaian
najis atau terkena najis tersebut tidak wajib mengulanginya. Dan mandud
hukumnya solat semula apabila telah mendapat pakaian yang suci jika waktu solat
belum habis.
ü
Dalam mazhab ini hukum
membuka aurat ialah:
a)
Terbuka aurat mughallazhah
(seluruh badan wanita) ketika solat, batal secara mutlak.
Lebih mudah bleh tonton video ini:
Sebarang kesilapan harap maaf. Semoga Ia dapat membantu serba sedikit.
Segala yang kurang datangnya dari diri saya sendiri (mohon di ampunkan) dan yang baik itu dari pencipta kita ALLAH S.W.T.
Assalammualaikum..
0 comments:
Post a Comment