THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, November 3, 2009

Sayonara Jahiliah




(TENTATIF PROGRAM)




Program dimula kan dengan sesi taaruf mengikut group yang telah diberikan. Ni la salah satu group yang ada. Dalam Sesi taaruf mereka di beri fail dan menceritakan apa-apa sahaja yang mereka ingin ceritakan tentang mereka. Mereka diberi masa selama setengah jam untuk mengenali semua ahli kumpulan. Setengah jam lagi mereka diberi tugas untuk membuat bendera kumpulan masing-masing.


Ni lah gelagat mereka waktu membuat bendera kumpulan.



Terlalu banyak idea sampai masa yang diberikan tak cukup untuk dia orang siapkan bendera dia orang.


Selepas penat memerah segala idea mereka dibawa keluar untuk bermain game. Game yang kita orang main masih menggunakan kecekapan pemikitan dan kerjasama antara ahli kumpulan. Meraka diberi 15 minit untuk berbincang antara satu sama lain. Game yang kita orang sedia kan ialah setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua lelaki dan perempuan untuk menjadi penunjuk jalan bagi setiap kumplan. Setiap orang diberi kain hitam kecuali ketua mereka, kain tesebut digunakan untuk menutup mata masing-masing. Sebelum permainan dimulakan mereka di beri 5 minit untuk berlatih agak tidak berlaku kesalahan ketika diberi arahan. Selepas itu mereka di letak kan di tempet permulaan mengikut kumpulan. Mereka dikehendaki menyentuk ke tiga-tiga kon yang telah disediakan degan hanya mendengar arahan dari ketua masing-masing. Bagi kumpulan yang pertama sampai di garisan penamat akan menang. dan pemenag bagi kumpulan muslimin ialah kumpulan 2, dan bagi kumpulan muslimat ialah kumpulan 1.





Selepas main game mereka diberi masa untuk khidmat diri, bersiap untuk menunaikan solat magrib. Selepas solat mereka dikehendaki membaca Al-mathurat dan makan malam. Selapas makan merka dikehendaki mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak. Selepas itu mereka di beri arahan untuk berkumpul sementra menunggu persiapan dari penceramah luar. Mereka diajar bermain wasabili oleh Kak Azimah dan fassi yang lain. Selepas itu kami dipanggil untuk masuk ke dewan. Kami telah memanggil penceramah luar untuk melaksanakan slot ini (slot pecepatan pemikiran). Walau pun pada mulanya kami bercadang untuk malaksanakan slot ini.



Sesudah slot kecepatan pemikiran tamat tibalah pula slot muhasabah. Mereka di sedarkan bertanpa pentingnya rasa bersyukur itu. Bersyukut terhadap kurniaan allah (suara, ibu bapa, dan lain-lain lagi). Selepas slot ini kira-kira pada pukul 12 a.m mereka diberi masa untuk merehat kan diri (tidur).




Pada hari yang berikutnya kami mengejut kan mereka pada pukul 3 a.m. untuk slot burung hantu. Sebelum kami slot dimulakan mereka diberi sedikit taklimat agar sentiasa ingat akan Allah. Selepas itu kami memberi setiap seorang kain hitam untuk menutup mata mereka. Selepas itu mereka dibawa keluar dan di pesah kan mereka di tinggalkan di suatu tempat keseorangan. Sehingga pukul 5 a.m.




Pada pukul 5 a.m. mereka di hantar semula seperti mana mereka sebelum ini. Mereka diarahkan untuk mengambil wuduk untuk qiam dan solat subuh. Selesai solat tiba pula waku riadah dan khidmat diri. Malangnya cuaca tak mengizinkan, Hujan turun. Kami riadah didalam dewan bagi paljar perempuan dan bagi plajar lelaki mereka hanya membuat air liur dan tahi mata je.. hampeh betul..




Kira-kira pada pukul 8.30 a.m. slot krusus imam pula tiba. Mereka diberi ceramah untuk menjadi imam dan cara untuk memilih imam. Agar mereka boleh menjadi imam suatu hari nanti, Amin...




Selesai kursus imam baru lah mereka di benarkan makan sarapan. Kami sarapan nasi lemak, roti dan air teh. Selesai sapapan mereka disuruh untuk menunaikan solat dhuha. Selesai solat mereka di suruh untuk masuhk ke dewan untuk slot yang seterusnya iaitu slot vedio. Dalam slot ini abang hariz dan abang danial yang kendalikan. Mereka banyak menekan kan dalam peperangan gaza. Sesudah habis tayangan vedio, tibalah masa untuk Q and A (question and answer). Mereka akan diberi point untuk setiap jawapan yg mereka jawab.




Sesudah slot vedio tiba pula slot pembentangan bagi setiap kumpulan. Terdapat 3 kumpulan iaitu Muslim United (MU), Fatanah, Tentera Fisabilillah. macam-macam raga mada. Bendera yang paling cantik ialah kumpulan Tentera Fisabilillah tapi tak pandai cakap. Saying sungguh. Kumpulan yang fasih bercakap ialah kumpulan Fatanah.




Dan berakhir la program yang dianjurkan oleh Surau SMK Seafield dan Persatuan Agama Islam. Majlis penutup di dirasmikan oleh AJK masjid dan ketua kem (abang Hariz). Sebelum pemberian hadiah kami menyanyikan lagu tema program dan lagu perpisahan.




Selepas itu barulah pemberian hadiah dijalankan. Setiap kumpulan mendapat hadiah sagu hati. Hanya satu kumpulan yang diberi hadiah sebagai juara iaitu kumpulan Fatanah hasil dari pebincangan AJK program. Pemberian hadih saguhati kepada pihak masjid juga telah disediakan. Tidak lupa juga kepada dua orang AJK fassi luar yang kami jemput Amir dan Danial.






Dengan peyam pai hadiah ini berakhirlah sudah Pogram Muhasabah Diri ini. Kami menyusun sepuluh jari jika kami telah melakukan salah dan silap. Yang teruk itu ana dan yang baik itu Allah. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima khasih atas kedatangan para pelajar dan ribuan terima kasih juga kepada pihak Masjid, AJK jemputan dan para penceramah. Bagi yang kami lupa untuk menyebutnya sekali lagi kami manyusun sepuluh jari memohon maaf…..


..SEKIAN..

3 comments:

A. said...

assalamualaikum~
testing,
nak gambar2 masa kem neyh!

A. said...

yeah!
da keluar.huhu

Syifaa Hassim said...

hhahaha.. wat lwk a plak akak ni.. huhuhuhuh...