THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, December 1, 2011

Cinta Sebelum Kahwin DAN Perkahwin Di Awal Usia

بسم ا لله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum… Apa khabar semua? Apa khabar iman kalian? Sihat? Semoga kalian dalam sejahtera yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Sebelum ana nak kongsi cerita atau sambung cerita hari tu, ana nak kongsi doa dengan kalian doa keselamatan dunia dan akhirat.
اللهم ٳنا نسٲلك ٱلعفو وٱلعافية فى ٱلدين وٱلدنيان والآخرة
Ertinya ;
Ya Allah! Kami meminta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama di dunia dan di akhirat. Amin..
Seterusnya, mari kita renungkan apa yang kita dah tempuhi untuk beberapa hari ini. SUBAHANAALLAH.. Allah maha besar yang masih menyayangi kita. Buktinya, kita masih bernyawa dimuka bumi ini. Kita juga masih boleh bernafas menghirup udara yang segar.. MASYAALLAH.. ALHAMDULILAH..
Berbalik kepada cerita ana. Ana nak berkongsi sedikit dengan kalian. Masih dengan kisah cinta yang ana nak kongsikan al-Maklumlah, Zaman berleluasanya kisah cinta kina makin ramai ingin menikmati rasa cinta yang TIDAK DI IKTIRAF!..
Apa pendapat kalian tentang cinta sebelum kahwin dan kahwin di awal usia?
Ana rasa lebih baik kahwin di awal usia jika dah tak boleh tahan, apa salahnya? Apatah lagi kalau sudah mempunyai pujaan hati. Perkahwinan itu sesuatu yang positif walaupun tanggungjawabnya yang menyusul semakin berat. Tidakah kita akan merasa lebih tenang, tak kurang juga pahala ibadah bertambah berlipat kali ganda dan makin dimurahkan rezeki. Sebab itu lah kalau dah ada pasangan yang betul-betul sesuai lebih baik mendirikan masjid. Oleh sebab itu, kalau rasa masih tak sedia nak berkahwin, baik jangan berani untuk terjebak dalam cinta lagi. Tahan dulu!!
Hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami dan lain-lain.
Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikannya di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”

Kalau jatuh cinta tu tidak apa. Kerana ia adalah fitrah manusia yang dicipta Allah untuk mencintaai dan menyukai antara laki-laki dan wanita. Cuma jika ingin mencintai, kikislah keaiban-keaiban cinta tersebut dengan bemujahadah secara perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Orang beriman ni utamakan kebenaran Allah dalam hidupnya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 165 yang bermaksud:
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik)itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Surah al-Baqarah 2:165)
Kepada kalian yang ingin berubah, ana paham kalian perlu masa untuk berubah. Berubahlah secara perlahan-lahan agar perkara itu menjadi istiqamah. Semoga kalian berjaya dan sentiasa di rahmati yang maha kaya.. InsyaAllah..
Maaf ana terpaksa mengundur diri kerana terlalu banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Jika panjang umur ana akan berkongsi cerita bersama kalian lagi. Seperti biasa jika kalian mempunyai pandangan dan perkongsian boleh lah kemukakan. Sekiranya ana mempunyai masa ana akan membalasnya INSYAALLAH.. Wasalam..

(Edit daripada buku SEINDAH MAWAR BERDURI  )
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.)

0 comments: