THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Cinta Sebelum Kahwin DAN Perkahwin Di Awal Usia

بسم ا لله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum… Apa khabar semua? Apa khabar iman kalian? Sihat? Semoga kalian dalam sejahtera yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Sebelum ana nak kongsi cerita atau sambung cerita hari tu, ana nak kongsi doa dengan kalian doa keselamatan dunia dan akhirat.
اللهم ٳنا نسٲلك ٱلعفو وٱلعافية فى ٱلدين وٱلدنيان والآخرة
Ertinya ;
Ya Allah! Kami meminta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama di dunia dan di akhirat. Amin..
Seterusnya, mari kita renungkan apa yang kita dah tempuhi untuk beberapa hari ini. SUBAHANAALLAH.. Allah maha besar yang masih menyayangi kita. Buktinya, kita masih bernyawa dimuka bumi ini. Kita juga masih boleh bernafas menghirup udara yang segar.. MASYAALLAH.. ALHAMDULILAH..
Berbalik kepada cerita ana. Ana nak berkongsi sedikit dengan kalian. Masih dengan kisah cinta yang ana nak kongsikan al-Maklumlah, Zaman berleluasanya kisah cinta kina makin ramai ingin menikmati rasa cinta yang TIDAK DI IKTIRAF!..
Apa pendapat kalian tentang cinta sebelum kahwin dan kahwin di awal usia?
Ana rasa lebih baik kahwin di awal usia jika dah tak boleh tahan, apa salahnya? Apatah lagi kalau sudah mempunyai pujaan hati. Perkahwinan itu sesuatu yang positif walaupun tanggungjawabnya yang menyusul semakin berat. Tidakah kita akan merasa lebih tenang, tak kurang juga pahala ibadah bertambah berlipat kali ganda dan makin dimurahkan rezeki. Sebab itu lah kalau dah ada pasangan yang betul-betul sesuai lebih baik mendirikan masjid. Oleh sebab itu, kalau rasa masih tak sedia nak berkahwin, baik jangan berani untuk terjebak dalam cinta lagi. Tahan dulu!!
Hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami dan lain-lain.
Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikannya di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”

Kalau jatuh cinta tu tidak apa. Kerana ia adalah fitrah manusia yang dicipta Allah untuk mencintaai dan menyukai antara laki-laki dan wanita. Cuma jika ingin mencintai, kikislah keaiban-keaiban cinta tersebut dengan bemujahadah secara perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Orang beriman ni utamakan kebenaran Allah dalam hidupnya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 165 yang bermaksud:
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik)itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Surah al-Baqarah 2:165)
Kepada kalian yang ingin berubah, ana paham kalian perlu masa untuk berubah. Berubahlah secara perlahan-lahan agar perkara itu menjadi istiqamah. Semoga kalian berjaya dan sentiasa di rahmati yang maha kaya.. InsyaAllah..
Maaf ana terpaksa mengundur diri kerana terlalu banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Jika panjang umur ana akan berkongsi cerita bersama kalian lagi. Seperti biasa jika kalian mempunyai pandangan dan perkongsian boleh lah kemukakan. Sekiranya ana mempunyai masa ana akan membalasnya INSYAALLAH.. Wasalam..

(Edit daripada buku SEINDAH MAWAR BERDURI  )
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.)

Wednesday, November 16, 2011

Cinta Aku Atau Cinta Setiap Insan

بسم الله الرحمن الرحيم… Dah lama tak story mory.. Banyak nak dikongsi tapi kali ni sikit dulu lah...

TAU TAK!!..

Media memang menyeronokkan dan boleh melalaikan.. Al-Kisah, ana  nak kongsi. Kalau tenguk video ke apa ke ingat-ingat la sikit. Jangan sampai tertinggal solat dan semua benda yang penting..

PENTING SANGAT KE CERITA TU???

Rasanya akhirat lagi penting… OPPPSSS… Memang penting!... emm.. lupa pulak cita lain la yang ana nak kongsikan.. KISAH CINTA..

Apa yang orang tahu tentang cinta??..

-Cinta Manusia
-Cinta Harta
-DLL
-Cinta Ilahi
-Cinta Rasul
      # DUNIA     # AKHIRAT

ANGGAPAN PERTAMA
“Remaja yang bercinta. Apa bila mereka sudah terbiasa hidup dalam suasana maksiat, mereka tak mampu lagi mengenal maksiat itu sendiri. Sebangai contoh : Kalau dah jumpa sekali nak jumpa dua kali. Kalau dah jumpa dua kali nak jumpa tiga kali. BETUL TAK??!!”

ANGGAPAN KEDUA
“Cinta tak melalaikan. Cinta sejati yang kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh”

ANGGAPAN KETIGA
“Apa sahaja yang dibuat ikhlas kerana Allah, mesti baik.”

ANGGAPAN KEEMPAT
“Cinta kerna Allah kadang-kadang ada yang melalaikan kita dan berasa jauh.” 

ANGGAPAN KELIMA
“Cinta melalaikan. Cinta kerana Allah hanya istilah hiasan untuk menafikan kelalaian cinta. Bagaimana seseorang itu boleh menggangap cintanya kerana Allah jika praktikalnya menjauhkan diri daripada Allah?”

JAWAPAN..
“CINTA adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Ia adalah fitrah. Ilham mengiktiraf fitrah ini dan menggariskan tiga peringkat cinta iaitu CINTA AGUNG, CINTA PERTENGAHAN dan CINTA HINA.”
“Sebenarnya, dalam Islam, tak ada langsung istilah cinta bagi mereka yang masih belum ada ikatan perkahwinan. Lihat lah tiga peringkat cinta yang digariskan, adakah Islam mengiktiraf cinta kepada teman lelaki? Sedangkan cinta kepada tunang pun tidak diiktiraf inikan pula kepada teman lelaki. Bagaimana kita boleh menganalisi ciri-ciri pasangan yang bercinta kerana Allah jika istilahnya pun tidak diiktiraf? Ingat, lah ini berbeza dengan dua orang insan yang saling jatuh cita kerana Allah dan menahan diri daripada asyik bercinta sehinggalah syariat menghalalkannya. Cinta yang hakiki adalah mencintai Allah itu sendiri, kemudian rasulnya, kemudian barulah selain mereka.”

“Kadang-kadang manusia tersalah menggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk Allah itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tidak secocok dengan syariat. Itulah yang disedihkan. Dlam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah untuk dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan buruk padahnya. Kesimpulannya, cinta kerana Allah hanya akan hadir selepas kahwin.”

“berbalik kepada tiga peringkat cinta. Cinta paling agung sudah tentu cinta kepada Allah, Rasul dan jihat di jalan-Nya. Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini. Seterusnya Cinta pertengahan ialah cinta yang tehasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. Manakala Cinta hina pula ialah cintakan taghut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap kasih ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul dan jihad dijalan-Nya.”

Ok lah buat masa ni.. ni je lah dulu.. Ana akan sambung apa-apa berkaitan dengan nya bila ana ada masa.. Kalau ada apa-apa cadangan kemukakan lah.. InsyaAllah ana laksanakan.. Perkongsian ini untuk kita sama-sama memotivasikan diri kita ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah..


(Edit daripada buku SEINDAH MAWAR BERDURI  )
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.)