THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label remaja masjid. Show all posts
Showing posts with label remaja masjid. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

jangan biarkan nama ALLAH terus di permain kan!!!..

MasyaAllah.. kenapa boleh jadi begini..

bertapa geram.. began.. marah.. sedih.. kecewa.. pilu..
n macam2 lagi lah..

bertapa sedih hati ini mengenag kan nasib kita..
masa makin berlalu.. kita makin ditindas dan di tindas..
tidak kah kita sedar akan itu..
makin kita leka akan duniawi..

wahai sahabat
 lihat lah apa yang telah berlaku..


Nama Allah terus di permain kan..

tidak sanggup untuk ku lihat semua ini terjadi..
wahai sahabat..
bersama2 lah kita membenteras pekara ini..
jangan lah biarkan ia terus berlaku..
jangan biarkan kita tertipu secara halus seperti ini..

Bagi sesiapa yang berniat untuk membeli kasu, berhati2 la ya.. periksa dahulu sebelum beli...
al malum la sekarang ni. kasut yang diperbuat dari kulit babi pun ada untuk menutup pandangan kita..
BERHATI2 Ya SHABAT

Thursday, March 4, 2010

Keadilan Allah Terhadap Hamba-Nya

Allah Maha Adil

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

 
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

 
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

 
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

 
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


 
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.

 
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.


 
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Thursday, November 5, 2009

TEKANAN...TENSEN!!!

empat jenis orang dalam menghadapi berbagai tekanan tersebut. Mari kita bahas satu demi satu jenis manusia dalam menghadapi tekanan hidup ini.


Jenis pertama, Jenis kayu rapuh. Sedikit tekanan saja membuat manusia ini patah arang. Orang macam ini kesehariannya kelihatan bagus. Tapi, rapuh sekali di dalam hatinya. Orang ini gampang sekali mengeluh pada saat kesulitan terjadi.

Sedikit kesulitan menjumpainya, orang ini langsung mengeluh, merasa tak berdaya, menangis, minta dikasihani atau minta bantuan. Orang ini perlu berlatih berpikiran positif dan berani menghadapi kenyataan hidup.

Majalah Time pernah menyajikan topik generasi kepompong (cacoon generation). Time mengambil contoh di Jepang, di mana banyak orang menjadi sangat lembek karena tidak terbiasa menghadapi kesulitan. Menghadapi orang macam ini, kadang kita harus lebih berani tega. Sesekali mereka perlu belajar dilatih menghadapi kesulitan. Posisikan kita sebagai pendamping mereka.

Jenis kedua, Jenis lempeng besi. Orang jenis ini biasanya mampu bertahan dalam tekanan pada awalnya. Namun seperti layaknya besi, ketika situasi menekan itu semakin besar dan kompleks, ia mulai bengkok dan tidak stabil. Demikian juga orang-orang jenis ini. Mereka mampu menghadapi tekanan, tetapi tidak dalam kondisi berlarut-larut.

Tambahan tekanan sedikit saja, membuat mereka menyerah dan putus asa. Untungnya, orang jenis ini masih mau mencuba bertahan sebelum akhirnya menyerah. Jenis lempeng besi memang masih belum terlatih. Tapi, kalau mau berusaha, orang ini akan mampu membangun kesuksesan dalam hidupnya.

Jenis ketiga, jenis kapas. Jenis ini cukup lentur dalam menghadapi tekanan. Saat tekanan tiba, orang mampu bersikap fleksibel. Cobalah Anda menekan sebongkah kapas. Ia akan mengikuti tekanan yang terjadi. Ia mampu menyesuaikan saat terjadi tekanan. Tapi, setelah berlalu, dengan cepat ia bisa kembali ke keadaan semula. Ia bisa segera melupakan masa lalu dan mulai kembali ke titik awal untuk memulai lagi.

Jenis keempat, jenis manusia bola pingpong. Inilah jenis yang ideal dan terhebat. Jangan sekali-kali menyuguhkan tekanan pada orang-orang ini kerana tekanan justeru akan membuat mereka bekerja lebih giat, lebih termotivasi, dan lebih kreatif. Cuba perhatikan bola pingpong. Saat ditekan, justru ia memantul ke atas dengan lebih dahsyat. Saya teringat kisah hidup motivator dunia Anthony Robbins dalam salah satu biografinya.

Untuk memotivasi dirinya, ia sengaja membeli suatu bangunan mewah, sementara wangnya tidak memadai. Tapi, justeru tekanan kewangan inilah yang membuat dirinya semakin kreatif dan tertentang mencapai tingkat financial yang diharapkannya. Hal ini pernah terjadi dengan seorang ketua regional sales yang performancenya bagus sekali.

Tetapi, hasilnya ini membuat atasannya tidak suka. Akibatnya, justru dengan sengaja atasannya yang kurang suka kepadanya memindahkannya ke daerah yang lebih parah kondisinya. Tetapi, bukannya mengeluh seperti rakan sebelumnya di daerah tersebut. Malahan, ia berusaha membangun netwok, mengubah cara kerja, dan membereskan organisasi. Di tahun kedua di daerah tersebut, justru tempatnya berhasil masuk dalam daerah tiga top sales.

Contoh lain adalah novelis dunia Fyodor Mikhailovich Dostoevsky. Pada musim dingin, ia meringkuk di dalam penjara dengan deraan angin dingin, lantai penuh kotoran seinci tebalnya, dan kerja paksa tiap hari. Ia mirip ikan herring dalam kaleng. Namun, Siberia yang beku tidak berhasil membungkam kreativitasnya.
Dari sanalah ia melahirkan karya-karya tulis besar, seperti The Double dan Notes of The Dead. Ia menjadi sastrawan dunia. Hal ini juga dialami Ho Chi Minh. Orang Vietnam yang biasa dipanggil Pakcik Ho ini harus meringkuk dalam penjara. Tapi, penjara tidaklah membuat dirinya patah arang. Ia berjuang dengan puisi-puisi yang ia tulis. A Comrade Paper Blanket menjadi buah karyanya.

Nah, pembaca, itu hanya contoh kecil. Yang penting sekarang adalah Anda. Ketika Anda menghadapi kesulitan, seperti apakah diri Anda? Bagaimana reaksi Anda? Tidak menjadi persoalan di mana Anda saat ini.

Tetapi, yang penting bergeraklah dari level jenis kayu rapuh ke jenis selanjutnya. Hingga akhirnya, bangun mental Anda hingga ke level bola pingpong. Saat itulah, kesulitan dan tantangan tidak lagi menjadi suatu yang mencemaskan untuk Anda. Sekuat itukah mental Anda?

Friday, October 23, 2009

wANITA

jangankan lelaki biasa,
Nabi pun sunyi tanpa wanita,
tanpa mereka,
fikiran lelaki akan resah,
masih mencari walau ade segalanya,
apa yang tieda dalam syurga?
namun adam tetap rundukan hawa.
dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lalaki,
namun seandainya seandainya lelaki tersebut tidak lurus....
mana mungkin kayu yang bengkok boleh mengeluarkan bayang yang lurus,
luruskan lah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
didiklah mereka dengan pandunya,
janagnlah cuba untuk menjinakkan mereka dengan harta,
keranan mereka nantinya akan liat,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana mereka nanti akan derita,
kenalkan mereka dengan Allah,
zat yang kekal,
disitu punca kekuatan dunia!!
akan senipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu,
hati separuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman,
perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak,
suburkanlah ia kerana disitulah nantinya mereka akan lihat nilai dan keadilan tuhan,
bisikanlah ketelinga mereka bahawa,
kelembutan bukan satu kelemahan,
ia bukan dishtiminasi tuhan,
sebaliknya disitulah kasih dan sayang tuhan,
jinakkanlah diri kepada Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pipinnanmu,
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA,
ANDAI DIRIMU TAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARRAMALLUHUWAJHAH.

Monday, September 7, 2009

Hati kita milik siapa?

Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT.


Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.


Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT.


Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.


Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa.


Tangisan dan tawa kita untuk siapa?


Marah dan dendam kita milik siapa?


Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.


Saya teringatkan kata-kata murabbi saya "ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah."


Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT.


Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.


Ada satu penyataannya yang membuatkan saya menangis "Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya.


Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain."


Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solatpun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.


Baru baru ini, ketika diawal Ramadhan saya mengajak pelajar-pelajar saya "Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta.


Marilah kita berkata benar pada diri kita.


Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita.


Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram `Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan' tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT.


Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain.


Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; "Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman.


Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa" Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.?


Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?"