THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Kunci Kejayaan

Assalammualaikum sahabat.. Indahnya cuaca. Bersyukur masih diberikan nyawa untuk benafas, menjalan kan hidup dan yang paling penting iaitu BERJIHAT. MasyaAllah.. Hebatnya Allah.. Baiknya Allah.. =D
Kita mulakan cerita kita seperti biasa dengan doa yang boleh dikongsi.


Berdasarkan tajuk yang ana bawak.
Setiap kejayaan pasti ada suka dan dukanya. Sebelum kita ingin sampai ke puncak kita perlu mendaki dahulu. Dan sebelum mendaki kita perlu ada cita-cita dan harapan. Perkara yang perlu kita lakukan ialah sematkan didalam minda (ANGAN-ANGAN). Pikirkan kejayaan yang optimum.
Setelah itu barulah kita mulakan perjalanan kita. Sama ada dengan berjalan, berlari , atau apa sahaja. Kita perlu ada startegi yang baik untuk mudah dan cepat sampai ke puncak.
BAGAI MANA??
Kita boleh jadikan sasterawan-sasterawan, ilmuan-ilmuan,dan orang-orang terdahulu sebagai panduan. Jika dalam proses/pejalanan kita itu selalu terseleweng dari landasan (ibarat kereta api yang tersasar dari landasann-Nya) maka, sudah pasti kita tidak akan sampai ke puncak.
Tetap segala rintangan dan halangan bukan lah satu alasan untuk kita sentia berputus asa. Tetapi ia adalah satu kayu ukur bagi kesabaran dan usaha kita sendiri.
Allah memberi kita pilihan jalan yang kita ingi ikuti. Sama ada yang baik atau yang buruk. Ibarat belayar di lautan. Kita gunakan kompas untuk menetukan arah dan angin sebagai sumba untuk menggerakkan kapal layar tersebut. Ini bertujuan untuk mencapai Matlamat kita.
Terdapat juga beberapa JALAM/KUNCI untuk mencapai Kejayaan. Ana akan kongsikan sikit demi sikit. Mengikut kemampuan ana untuk meluangkan masa menulis. 

JALAN / KUNCI pertama ialah BETULKAN NIAT. Kerana setiap perkara itu bergantung kepada niat itu sendiri.  (hadis NIAT)

                
Oleh sebab itu, niatkanlah kebaikan dalam setiap amala. Dan lakuakan kebaiakan kepada setiap orang dan tinggalakan kejahatan.
GERAK KERJA dan KESUNGGUHAN ialah usaha utama dalam memulakan langkah menuju kemuliaan, penawar bagi mengubati dirimu, terapi bagi penyakitmu (malas), bahkan perkara ini ialah asset yang tertinggi bagi antuma. Maka antuma perlu hindari sikap malas dan suka menangguh. Antuma juga perlu mulakan kerja yang paling penting kemudian yang kuarang penting.
Kerja yang bersistematik ialah jalan menuju kejayaan, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ialah suatu tuntutan bagi orang yang Berjaya. Adapun tergopoh-gapah adalah sifat yang dicela.
Antuma juga perlu hindari perasaan jemu dan bosan, kerana perasaan ini tidah mendatangkan sebarang hasil, manakala perasaan bosan tidak memberi antuma sebarang penghormatan.
Jalan terbaik ialah banyakkan bersabar dan tetapkan pendiriaan antuma.

Next?? TUNGGU... InsyaAllah.. Wasalam..




Friday, December 4, 2009

Cut Your Fingernails Now!

Kenape kena potong kuku????


Apa yang ana tahu kita kena potong kuku sebab syaitan suka gatung kat kuku yang pangjang dan kotor. Tapi kita umat islam sekarang makin tenggelam dengan penipuan orang barat. Ana tak paksa korang untuk terima apa yang ana katakan ni. Cuma ana nak beri pendapat je.
Satu lagi kalau nak simpan kuku panjang pun jangan la biarkan kuku tu koto sangan macam-macam benda melekat kat kuku tu. Ni dah memang di ketogerika sebagai pengotor ni.
Oh.. Berbalik kepada umat islam sekarang makin tenggelam dengan penipuan orang barat.  Sekarang ni orang barat berusaha untuk menyesatkan kita. 
Kenapa ana cakap camni??
Sebab.. Dah la dia orang ajar orang kita simpan kuku panjang. Bukan setakat tu je siap reka benda unutk mewarna kuku [nail pen] lagi tu..


Nail pen ni kalau kita pakai menang sah la solat kita tak sah. Ana juga dapat tahu bahawa jika kita mati dan di kuku kita mempunyai pewarna ni kuku kita akan dicabut. Bukan ke terseksa jasad kita nanti.Tapi sayang kenapa orang islam kita sekarang suka terikut orang barat. Kita masih boleh pakai inai kalau ye pun nak warna kuku tu. Kalau pakai inai masi sah kalau nak solat. Lagi pun tak yah la susah-susah nak pilih warna ape kita nak pakai [sebab ade warna oren je].


Tips potong kuku ikut sunah NABI.
Jika potong kuku tangan
Potong kuku tangan
Mulakan dari jari telunjuk tangan kana, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking seterusnya barulah ibu jari tangan.
Selepas itu jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari telunjuk, dan akhir sekali ibu jari.

Jika potong kuku kaki
Dimulakan dari jari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib sehingga ke jari kelingking kaki kiri.

Hadith Memotong kuku
Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:-
عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم


Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)


Tertib memotng kuku seprti gambar di bawah


Hari yang dusunatkan memotong kuku
Terdapat dalam sebuah hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada:-

HARI SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
HARI AHAD - Hilang berkah
HARI ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu & mempunyai kelebihan)
HARI SELASA - Mempusakai kebinasaan
HARI RABU - Mempusakai jahat perangai
HARI KHAMIS - Mempusakai kaya.
HARI JUMAAT - Mempusakai ilmu dan lemah lembut".

Harap korang dapat ape yang ingin ana sampaikan. Dan semoga ia menjadi ilmu yang berkekalan di hati kita.
Walasam...



Tuesday, November 17, 2009

Smoking is a bad habit!

stop smoking!!


Tajuk ni sebenarnya ana curi dari blog yg ana baca. Buka untuk tujuan mencuri ilmu org tapi utk kongsi bersama.Masyarakat sekarang gemar isap rokok walau pun dah tau merokok tu tak membawa faeda. 
Lagipun kenapa kena isap rokok??



Kata org kalau isap rokok dpt menenang kan fikiran. Tapi bukankah isap rokok ni lagi merosakkan fikiran. Bukan setakat fikiran tapi merosakkan segala yg ad dalam badan kt. Bukankah rokok tu sejenis dadah!.
 Ana ade baca yg merokok dibahagikan kpd dua kesan. Iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Jangka pendek
~Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen
              menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
~Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
~Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
~Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
            - Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
            - Gigi menjadi kuning
~Hidung - Mengurangkan deria bau
~Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
~Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas

Jangka Panjang

• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks




stop smoking tips


Langkah 1: BERSIH DARI ROKOK
          
Langkah 2: BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKAN
              
Langkah 3: LAKUKAN SECARA PERLAHAN

Langkah 4: TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI
               
Langkah 5: BERFIKIRLAH SECARA POSITIF
                
Langkah 6: DAPATKANLAH SOKONGAN
                 
Langkah 7: MELAWAN KEINGINAN MEROKOK

So skang korg dah tau. Fikir2 la. Ini pun untuk kebaikan korg. Ana minta maaf kalau apa yg ana tulis ni menyinggung kan perasaan. Tapi ana nak cerite skit cite lawak yg ana dgr waktu ana dengar ceramah. Ceritanya camni.. Ade sorg pekebun ni, kat kebun dia banyak pokok tembakau. Tapi dia hairan nape pkok tembakau tu xdisentuh pun oleh babi. Jadi dia amik keputusan untuk tanya babi tu sendiri. "Babi oi babi nape kau x makan pokok tembakau ni?". Pastu babi pun jawab, "Rokok membahayakan kesihatan". hahaha..
Tengok babi pun pandai bezakan yg baik utk kesihatan dan yang buruk. Tapi kenape x manuia??
Jadi fikir-fikir la apa yang terbaik untuk diri anda dan org sekeliling.

Friday, August 14, 2009

TipS MenghaFal

Cadangan teknik hafalan ayat Al-Quran dengan mudah:-

1. Pilih satu surah yang mahu dihafal.

2. Baca surah itu daripada awal hingga akhir dan pastikan fasih serta hukum
tajwid terjaga.

3. Baca muka pertama daripada surah yang dipilih sebanyak lima kali tanpa tersekat-sekat.

4. Baca ayat pertama sebanyak satu hingga 15 kali ataupun sehingga dihafal dengan baik.

5. Baca ayat kedua dengan cara yang sama.

6. Kemudian, baca dengan cara menghafal ayat pertama dan kedua sebanyak lima kali atau
lebih.

7. Baca ayat ke tiga sebagaimana ayat pertama.

8. Hafal ayat pertama ingga ketiga sebanyak lima kali ataupun lebih.

9. Ulangi cara yang sama sehingga habis satu muka atau sepuluh ayat.