THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Pantun Dakwah

Disebabkan dah terlalu lama saya x post apa2 kerana terlalu bizy dengan persedian untuk SPM yang akan datang..
Dengan ini saya ingin berkongsi sedikit tazqirah buat kita bersama..
Agai ia menjadi panduan dan iktibar kepada kita..
Kepada kalian, sesiapa yang berniat untuk berkongsi silakan lah..

Assalammualikum kepada kalian,
Di jemput masuk untuk hiburan,
Bukan mengomel atau umpatan,
Sebagai pengajaran dalam kehidupan

Kisah seorang gadis..

Di pagi hari yang indah seoramg gadis datang kepada sahabatnya dan menyatakan hajatnya untuk berubah. Katanya kepada sahabatnya itu..

Ila : U i nak pakai tudung bulan 12 ni.. U doakan i k..

Sahabat : Ok.. Semoga apa yang u hajatkan akan tercapai. U dah tetapkan tarikh, n sekarang u kena lah banyak kan doa agar u dipanjangkan umur hingga ke tarikh yang u tetapkan tu..

Ila : Okey. Terima kasih u..

Kisah ini mengajar kita bahawa.. setiap orang boleh berubah..
ketana itu lah Nabi Muhammad di utuskan..

Utusan dihantar sebagai rujukan,
Membimbing kita didalam kehidupan,
Untuk di ikut sepanjang zaman,
Semoga hidup sentiasa aman.

 Dan beberapa bulan yang lepas..
Gadis tersebut menyatakan bahawa dia berminat untuk mengikuti sebuah jamuan pada malam hari dan sebagai sebuah pengalam dalan hidup..

Pada suatu hari beliau bertanya pada sahabatnya itu..

Ila : U, u tengah bizy ke?? I ada hal penting nak cakap ni.

Sahabat : Apa dia?? I tengah sembang nagan orang ni.. Hal apa yang penting sanagt tu??

Ila : Takpe la u sembang la dulu nanti i cakap..

Sahabat : Takpe dia boleh tunggu.. Apa hal??

Ila : I nak tanya I rasa macam tak nak pegi jamuan tu la. Kan i dah nak berudah jadi i rasa tak patu i pegi la.. Apa pendapat u pasal jamuan ni??

Sahabat : I rasa takyah la u pergi.. Sebab jamuan ni untuk perpisahan je .. Kita takkan berpisah kan.. Kita masih boleh jumpa lagi nanti.. lagi pun bukan u dapat pape pun..

Ila : Betul jugak u cakap tu.. Tapi macam mana i nak mintak duit tu semula?? Budak yang tukang kutip duit tu macam sombong je..

Sahabat : Takpe la.. Nanti i tolong u.. I tau la nak cakap apa kat budak tu nanti.. K..

Ila : Okey.. anyway.. thank u ye, sebab beri pendapat..

Sahabat : No hal la.. =DD

Kisah kedua ini pulak mengisahkan bahawa kita perlulah menjaga iman kita ager kita tidak akan tersasar dari jalana yang maha esa..

Wahai teman yang budiman,
Teguhkan diri di dalam Iman,
Agar hidup sentiasa aman,
Disisi Allah yang memberi Rahman.

Berdasarkan dua kisah tersebut ia boleh di definasikan bahawa persahabatan adalah sebuah anugerah untuk di hargai dan tidah ternilai sebuah persahabatan sekiranya ada keikhlasan.. =D))

Persahabatan itu anugerah tuhan,
Untuk menjadi kawan dan teman,
Jangan dibuat seperti permainan,
Didalam kehidupan seharian.

Sampai di sini pantun tazqirah,
Harap diampun silap dan salah,
Mari berkongsi ilmu berdakwah,
Agar hidup kekal berummah.

Saturday, August 29, 2009


“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula. “Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki. Muka saya merah, telinga kepanasan. Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur. Peperiksaan… Aktiviti minggu orientasi… Banyak bekerja shif malam… BUKAN TERPENCIL Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan! Di manakah silapnya? Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa. Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya. Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa! AMARAN Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.


Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]


Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA. Doaku agar kita bertemu di SYURGA.


Wednesday, August 19, 2009

Misi JiHad CinTa



Bismillahirrahmaanirrahiim
Subhaanallah, tak tahu macamna boleh tergerak hati untuk membuka laman ini, jom hayati! =D
Uwais al-Qorni adalah salah seorang hamba Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi sangat terkenal di langit kerana sikap zuhudnya....

MISI JIHAD CINTA

“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk.
Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”
Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana.
Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?” Suaminya tergelak kecil.
Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?” “Safiyyah tak kisah tau.
Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum..
Isteri yang solehah.
Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih.
Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
****************
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu.
Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8.
Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu.
Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya.
Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu.
Senyumannya mengisi ruang wajahnya.
Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya.
Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu.
Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai.
Cantik.. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan..”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya.
Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.
MISI JIHAD CINTA Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang.
Inikah hadiah dari Uwais kepadanya?
Subhanallah..
Ya Allah, aku syukur padaMu.
Cita-citaku semakin dekat.
Syahid menggoda rohku.
Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan.
Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai.
Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen.
Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun.
Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan.
Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu.
Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
**********
“Bang...” Uwais mendongak.
Raut indah milik isterinya direnung.
Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam.
Dia menunduk.
Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh.
Subhanallah..
Aku sayang dia keranaMu ya Allah.
Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami.
Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku.
Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.” “Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi.
Dia sedang menunggu saat kemanisan itu.
Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti.
Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku.
Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
***********
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun.
Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah.
Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya.
Erat dan kemas.
Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba.
Tiada kata yang mampu diungkap.
Bukan airmata sedih yang sedang mengalir.
Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat.
Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan.
Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya.
Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid.
Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah.
Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak.
Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia.
Ingat syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah.
Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali.
Tertulis perkataan
“Peserta Misi Jihad Cinta”
di belakang baju putih milik suaminya.
Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.
Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara member salam.
Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu.
Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh.
Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
***********
Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar.
Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh.
Bajunya berlumuran darah.
Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka..
Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah.
Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni.
Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat.
Darah mengalir laju.
Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya.
Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.
Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.
Mereka bertemu di syurga.
dipetik dari: www.halaqah.net
karya asal: Masturah Abu Bakar.
Bukan zat yang kupinta,
tetapi rahmat di pandangan-Nya..
insyaAllah, amiiin
Wallahu a'alam

Tuesday, August 18, 2009

KeinSafaN

Terdapat 4 orang fassi lelaki telah diberi tugas yang amat mencabar.
Ia itu mereka perlu memberi nasihat atau apa-apa sahaja agar pelajar perempuan seramai 21 orang yang amat nakat dan ade yang telah meniduri 5 orang laki-laki, pelacur dan bermacam-macam lagi.
Mereka diberi 5 hari 4 malam untuk melaksanakan tugas.
Pada kali pertama fassi ini melihat profile pelajar-pelajar perempuan ini mereka tidak tahu ape yang perlu mereka lakukan.
Mereka mendapat idea agar membawa pelajar ini ke sebuah bukit untuk bermalam.
Semua persediaan telah diletakkan di puncak bukit.
Sesampai sahaja mereka diatas puncak bukit, fassi pun memberi tahu mereka bahawa mereka boleh melaksanakan apa sahaja yang ingin mereka lakukan.
Pada hari pertama di sana mereka tidak langsung menunaikan solat katanya "abang-abang fassi ni kalot la".
Hanya fassi sahaja yang menunaikan solat subuh pada hari ke dua meraka disana.
Pada malam yang sama kira-kira selepas waktu isyak berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Ribut melanda.
Pelajar perempuan yang tadinya seronok berhibur tiba-tiba menjerit meminta tolong "tolong! Abang tolong! ya-Allah tolong".
Dan abang fassi pun menjawab "selamatkan diri! berteduh dibawah pokok! ".
Meraka menjawab "x nampak! gelap! ".
Abang fassi menjawab "berdiri dimana kamu sekarang jangan kemana-mana".
Kira-kira selepas 2 jam ribut malanda ia pun berhenti.
Pasukan askar yang bertugas terus mendaki bukit dan mencari fassi dan pelajar-pelajar perempuan yang mengikuti kem ini.
Sesampai sahaja kumpulan askar ini mereka menjumpai 4 orang fassi cukup jadi mereka terus mancari-cari 21 orang pelajar lagi.
Selapas pelajar ini di jumpai mereka diserah kan kepada fassi.
Meraka ini dalam keadaan takut dan tubuh mereka telah dibeluti oleh bena-bena yang dibawa oleh fassi untuk menjadi penghalang untuk pelajar-pelajar ini menukar pakaian.
Meraka telah mengoyak-goyakkan bena ini untuk dijadikan pakaian (baju & tudung).
Fassi berniat ingin bertanya apa yang telah terjadi tetapi melihat keadaan pelajar yang dalam ketakutan dan menggigil mereka melupakan seketika hasrat mereka.
Pada keesokan harinya pelajar-pelajar terseut telah bersiap untuk menunaikan solat subuh.
Selesai solat subuh fassi pun bertanya " apa yang telah berlakupada malam tadi sehingga kamu semua berubah secara mendadak".
Mereka pen menjawap " ketika berlaku ribut tersebut kami nampak segumpal asap putih dan asap tersebut telah megugut kami untuk menghempapkan pokok keatas kami.
Pada waktu itu lah kami hanya ingat akan Allah".
selepas kejadian tersebut meraka menjadi pelajar yang baik hanya 2, 3 orang sahaja yang kembali ke jalan yang lama.
Pelajar2 perempuan yang berubah itu telah berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang yang baik. Walau pun sebelum ini mereka agak nakal.