THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Pantun Dakwah

Disebabkan dah terlalu lama saya x post apa2 kerana terlalu bizy dengan persedian untuk SPM yang akan datang..
Dengan ini saya ingin berkongsi sedikit tazqirah buat kita bersama..
Agai ia menjadi panduan dan iktibar kepada kita..
Kepada kalian, sesiapa yang berniat untuk berkongsi silakan lah..

Assalammualikum kepada kalian,
Di jemput masuk untuk hiburan,
Bukan mengomel atau umpatan,
Sebagai pengajaran dalam kehidupan

Kisah seorang gadis..

Di pagi hari yang indah seoramg gadis datang kepada sahabatnya dan menyatakan hajatnya untuk berubah. Katanya kepada sahabatnya itu..

Ila : U i nak pakai tudung bulan 12 ni.. U doakan i k..

Sahabat : Ok.. Semoga apa yang u hajatkan akan tercapai. U dah tetapkan tarikh, n sekarang u kena lah banyak kan doa agar u dipanjangkan umur hingga ke tarikh yang u tetapkan tu..

Ila : Okey. Terima kasih u..

Kisah ini mengajar kita bahawa.. setiap orang boleh berubah..
ketana itu lah Nabi Muhammad di utuskan..

Utusan dihantar sebagai rujukan,
Membimbing kita didalam kehidupan,
Untuk di ikut sepanjang zaman,
Semoga hidup sentiasa aman.

 Dan beberapa bulan yang lepas..
Gadis tersebut menyatakan bahawa dia berminat untuk mengikuti sebuah jamuan pada malam hari dan sebagai sebuah pengalam dalan hidup..

Pada suatu hari beliau bertanya pada sahabatnya itu..

Ila : U, u tengah bizy ke?? I ada hal penting nak cakap ni.

Sahabat : Apa dia?? I tengah sembang nagan orang ni.. Hal apa yang penting sanagt tu??

Ila : Takpe la u sembang la dulu nanti i cakap..

Sahabat : Takpe dia boleh tunggu.. Apa hal??

Ila : I nak tanya I rasa macam tak nak pegi jamuan tu la. Kan i dah nak berudah jadi i rasa tak patu i pegi la.. Apa pendapat u pasal jamuan ni??

Sahabat : I rasa takyah la u pergi.. Sebab jamuan ni untuk perpisahan je .. Kita takkan berpisah kan.. Kita masih boleh jumpa lagi nanti.. lagi pun bukan u dapat pape pun..

Ila : Betul jugak u cakap tu.. Tapi macam mana i nak mintak duit tu semula?? Budak yang tukang kutip duit tu macam sombong je..

Sahabat : Takpe la.. Nanti i tolong u.. I tau la nak cakap apa kat budak tu nanti.. K..

Ila : Okey.. anyway.. thank u ye, sebab beri pendapat..

Sahabat : No hal la.. =DD

Kisah kedua ini pulak mengisahkan bahawa kita perlulah menjaga iman kita ager kita tidak akan tersasar dari jalana yang maha esa..

Wahai teman yang budiman,
Teguhkan diri di dalam Iman,
Agar hidup sentiasa aman,
Disisi Allah yang memberi Rahman.

Berdasarkan dua kisah tersebut ia boleh di definasikan bahawa persahabatan adalah sebuah anugerah untuk di hargai dan tidah ternilai sebuah persahabatan sekiranya ada keikhlasan.. =D))

Persahabatan itu anugerah tuhan,
Untuk menjadi kawan dan teman,
Jangan dibuat seperti permainan,
Didalam kehidupan seharian.

Sampai di sini pantun tazqirah,
Harap diampun silap dan salah,
Mari berkongsi ilmu berdakwah,
Agar hidup kekal berummah.

Friday, November 6, 2009

pahami sahabat kita

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu